BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Forever Love

Banner created with MyBannerMaker.com

Sunday, December 4, 2011

.: Cerita Sekeping Hati :.

Hati...bila berbicara meluahkan rasa yang terpendam tanpa di mengerti...
Hati...memendam rasa yang berbagai rasa...
Hati meronta cuba memuntahkan isi hati yhang terbuku di dalam hati...


Hati ini tidak inginkan harta darimu...
Hati ini tidak inginkan kejelitaan darimu...
Yang pasti hati ini mengharapkan pengertian darimu...
Hati ini mengharapkan kasih sayang darimu...
Hati ini mengharapkan perhatian darimu...

Namun....
Bisakah ia di mengerti???
Apakah airmata ini mampu menceritakan segala rasa di hati???
Apakah airmata ini mampu merayu pengertian darimu???
Apakah airmata ini mampu meminta perhatian darimu???
Dan apakah airmata ini juga mampu menzahirkan kaish sayang yang di dambakan di dalam hati???

Dan mampukah buku hati ini menceritakan segalanya melalui zahir & airmata????

Tuesday, November 8, 2011

.: AIDILADHA & Pengorbanan :.

.: AIDILADHA :.

merupakan sambutan perayaan umat Islam di selurh dunia yang di sambut pada tanggal 10, 11, 12, & 13 Zulhijjah setiap tahun. bermula dengan malam 10 Zulhijjah, umat Islam akan bertakbir. Di ikuti dengan sembahyang sunat & khutbah AidilAdha pada pagi 11 Zulhijjah & di ikuti dengan melakukan ibadah Korban (Qurban). AidilAdha adalah bersempena memperingati pengorbanan Nabi Ismail a.s (anak kepada Nabi Ibrahim a.s) yang sabar & redha dengan perintah ALLAH & begitu juga dengan pengorbanan Nabi Ibrahin a.s yang sabar & redha dengan perintah ALLAH.



.: Pengorbanan :.

sayunya hati mengenang pengorbanan ibubapa terhadap anak-anak yang tak pernah minta untuk di balas. namun, mengapa ada segelintir anak-anak yang tegar menyakiti hati ibubapa mereka? sedarkah kita, tanpa doa & restu ibubapa, kehidupan kita tidak akan tenang?? sejauh mana mahu berbangga dengan kejayaan yang hanya ada di dunia semata-mata sedang hati insan yang bergelar ibubapa ini telah terluka?? sedarkah kita kejayaan itu adalah ujian yang ALLAH turunkan pada kita agar kita sentiasa beringat?? & andai kejayaan itu membuat kita semakin kasar, sombong & memandang hina insan lain terutama ibubapa kita, sedarkah atau tidak ianya akan hilang sekelip mata?? janganlah kerana kau berilmu duhai anak, itu menjadi ukuran terhadap perngorbanan ibubapa yang tiada ternilai & menjadi punca si anak menderhaka & melukai hati ibubapamu.. sedarlah duhai anak.. walau semiskin mana ibubapamu, walau sesusah mana ibubapamu, tanpa mereka, kau tidak akan berada di dunia ini.. tanpa usaha & pengorbanan mereka, kau tidak akan berjaya.. sedarlah duhai anak.. dan janganlah kau jauhkan rasa kasih sayang yang pernah mereka tanamkan hanya demi kepentingan dirimu & maruahmu.. sesungguhnya.. wang berjuta & harta mengunung belum tentu mampu membalas pengorbanan mereka. sayangilah mereka selagi ada.. sesungguhnya kasih mereke padamu tidak pernah berpenghujung, walau engkau tiada lagi di dunia ini, mereka tetap kasihkanmu. itulah ibubapa..

Friday, August 12, 2011

Sekali lagi...

~1 Ogos 2011~


Sekali lagi sebagai umat Islam, Kita kembali menjalankan kewajipan sebagai hamba ALLAH dengan datangnya bulan Ramadhan.. tandanya kita sebagai umat Islam akan berpuasa selama sebulan.. berpuasa bermaksud menahan diri dari lapar & dahaga serta kejahilan & kejahatan.. di bulan Ramadhan inilah kita perlu berlumba2 mengerjakan amal ibadat kerana Ramadhan juga di kenali sebagai bulan beribadat.. Justeru itu, marilah sama2 kita menghayati keindahan bulan ini & merebut segala peluang untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih bertakwa & beriman.. Insya-ALLAH

~3 Ogos 2011~

Sekali lagi aku sekeluarga dikejutkan dengan berita perginya insan Hj.Zainoddin b Ardali menghadap Illahi pada pukul 11.50 malam.. Arwah disahkan meninggal dunia disebabkan tekanan darah rendah,muntah2 serta serangan jantung tahap ke-2 setelah dimasukkan ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang pada jam 4.00 petang.. Kepergiaannya cukup di rasakan.. betapa arwah seorang yang cukup baik, peramah, penyayang, dan kuat beribadat.. sayunya hati ini apabila membacakan yasin, melihat jenazah arwah sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk di semadikan. semoga arwah ditempatkan di kalangan insan2 yang beriman.. Insya-ALLAH.. ~~Al-Fatihah~~

Friday, July 22, 2011

4 Perkara Yang Penting Dalam Cinta

KEIKHLASAN

KEJUJURAN
KESETIAAN
KASIH SAYANG YANG SUCI

suatu hubungan yang lahir dari keikhlasan, akan terbitkan rasa kejujuran terhadap hubungan itu..tiada kepuraan yang di selindungkan..dan bila kejujuran sentiasa mendampingi, kita akan menjadi setia dengan sendirinya...dan kasih sayang yang suci akan menjadikan ikatan cinta itu lagi indah..

p/s: kita hanya mampu merancang,takdir itu semua di tentukan oleh ALLAH..begitu juga dengan jodoh

Tuesday, June 21, 2011

Kekuatan

~16 Jun 2011~

perginya seorang insan menghadap ilahi.. Rukiah bt Abdullah..
Nenek.. masih terbayang senyum tawa nenek.. Shasha rindu sangat2 dengan nenek.. Shasha xpernah lupa doakan nenek di tempatkan di kalangan orang2 beriman.. amin.. ~Al-Fatihah ~

~21 Jun 2011~
intersesi final exam.. managerial economic.. yes!! i wish i can do it.. alhamdulillah.. dpt mnjawab exam dgn tenang.. semoga keputusan yg bakal di terima nanti juga amat menenangkan jiwa..di saat masih berkabung kehilangan nenek tercinta, ku gagahkan kaki meeraih kekuatan untuk menghadapi hari2 mendatang..

Friday, June 3, 2011

~ Al-Fatihah~ untuk Saimah bt. Taib & Afrizal b. Ramlan

tiba-tiba hati ini menjadi sayu bila mengenangkan bagaimana raya tahun ni?? arwah nenek dah pergi menghadap ilahi.. sehingga ke hari ni, rindu ni pada arwah nenek tak pernah berhenti..serasa macam tak percaya yang arwah nenek dah tiada..masih terbayang senyuman nenek, kebaikan nenek...arwah nenek suka sangat mkn KFC..bila pergi KFC je, mesti akan teringatkan arwah nenek.. shashaa rindu sangat dengan arwah nenek..semoga arwah nenek tenang di sana..cucu nenek ni sentiasa & tak pernah lupa mendoakan nenek..

semoga arwah Afrizal b. Ramlan tenang menghadap ilahi.. bagaimana agaknya kak suria nak hadapi raya tahun ni tanpa arwah omm?? nizam.. bantu & kuatkanlah semangat kak suria.. kak suria mesti akan terasa sangat kehilangan arwah omm.. sama macam nizam & keluarga terasa kehilangan arwah omm.. masih terbayang setiap kenangan bersama arwah.. kebaikan arwah, senyuman arwah, kegigihan arwah.. semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 beriman.. iqa tak pernah lupa doakan arwah omm semoga tenang & di tempatkan di kalangan orang beriman..

~Al-Fatihah~

Wednesday, June 1, 2011

Kakak... bila lagi???

ayah dah bersuara...
kakak...bila lagi??? nizam xda bagi ape 'signal' lagi ke???
kot2 tahun depan ke..hehehehe...duit majlis dah ada dah...

ayah...insyaALLAH...kalau dah memang nizam jodoh kakak, kami akan bersatu gak...ayah & mama doa2kan je la..kakak tau harapan mama & ayah tinggi nak tengok kakak berumahtangga & bahagia..insyaALLAH ayah...doa2kan je la...kesetiaan anak ayah ni tetap sama...xpernah berubah...