BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Forever Love

Banner created with MyBannerMaker.com

Friday, February 3, 2012

.: Sayu Hati :.

tanggal 1/2/2012 yg lalu,hatiku cukup sayu..kerana inilah hari lahir arwah nenekku Rukiah bt Abdullah yg telah kembali ke rahmatullah pd thun lalu.. sungguh aku tidak dapat menyembunyikan perasaan sayu hatiku.. terbayang tiap senyum tawa arwah.. tiap pagi,terbayang kedatangan arwah ke rumah bertanyakan da mkn lum..bagaimana arwah sentiasa menyapa ku apabila ingin ke kelas.. tiap keletah nye,aku rindu.. semoga tenang la arwah nenek di sana.. hingga ke hari ni, aku masih terbayang semua nya.. Al-fatihah

Monday, January 30, 2012

Great Moment

u know what syg?? 28 jan is so sweet.. bl b bgtau ayh ada fmly day kt sg.sembilang,mula2nya ayg blurr..then i realize..eh..dkt je tu ngn umh aku..pantai remis!! yes!! tu la tmpt nye.. hehehe.. u tau x syg, seyesly i really happy when i'm going skype dgn ank buah u, afif.. kelincahan dye, kepetahan dye bercerita mencuit & menarik aty i.. n bl dye ckp ~afif encem mcm pak long, nk pandai mcm pak long~ aty ayg xdpt nk luahknan mcm mn.. sedih,sayu,smua da bercampur.. aunty syg afif..

syg..bl u cter ayh tye tu tye ni psl meru ms OTW g pntai remis, ayg terharu, happy, mcm2 la... dgn reaksi mak yg comel bl usik u, hehehehe tmn aty ada bunga2 mekar... hehehehe.. apa2 pun smua cter ms u kt pantai remis wt ayg hapy.. wlau x dpt join sme, tp hopefully, 1 day, kte akn dpt rasai semua ni bersama.. Amin.. Insha-ALLAH..

Thursday, January 26, 2012

Hakikat

Apa yang di tinggalkan kini hanyalah kenangan.. Namun, mengapa insan yang ada, yang di tinggalkan semakin menjauh dan menjauh.. Apakah salah & dosa insan yang mengharapkan hubungan itu terus kekal akrab & berterusan.. Mengapakah hubungan ini harus di biarkan lenyap & sepi begitu sahaja.. Sedih.. Tangis.. Mampukah senyuman ini terus bertahan menutupi dan mengaburi semua rasa ini?? Adakah satu masa nanti hakikat sebenar akan terungkai dengan ketenangan?? Atau jua dengan kekalutan?? Semoga hakikat ini akan berakhir dengan ketenangan dan kebahagiaan..


Kasih akan tetap mengalir walau kasih itu jauh di mata.. Kasih itu abadi di dalam hati

Sunday, January 15, 2012

Lagu ni... best!!! ~Pelengkap hidupku~

thanks to my syg atas video ni... hehehehehe...
terharu x mampu nak kata ni :'))
bahagia berbunga2 dalam hati

Seketika namun membahagiakan

tanggal 29 december 2011..
saat aku berjumpa dengan insan yg ku syg..

bermula perjalanan dengan dia menjemputku..
kemudian singgah makan di rumahnya bersama emaknya yg di kasihi puan salmah...
dengan lauk udang sambal.. best emak syg masak :)
kemudian ke mont kiara untuk menghantar my handy-cam yg rosak..
thanks sygku..sbb sudi temankan ayg...
ya ALLAH..serius la klau ayg yg pegi sendiri,alamat nye,mmg sesat la...ntah bersimpang siur bertingkat2 jln..fuh!!nsb core-driver ada..hehehehe..thank u so much syg...
da la,lps tu,sudi hntr ayg smpi rumah..hehehehe
sempat gak la ayg memasakkan mee goreng untuk cinta hatiku...
hope sedaplah ok cyg??hehehehehe
apa yang paling happy,walau seketika kita berjumpa,namun,cukup membahagiakan hati ayg...
terima kasih syg kerana sudi bahagiakan ayg..

Sunday, December 4, 2011

.: Cerita Sekeping Hati :.

Hati...bila berbicara meluahkan rasa yang terpendam tanpa di mengerti...
Hati...memendam rasa yang berbagai rasa...
Hati meronta cuba memuntahkan isi hati yhang terbuku di dalam hati...


Hati ini tidak inginkan harta darimu...
Hati ini tidak inginkan kejelitaan darimu...
Yang pasti hati ini mengharapkan pengertian darimu...
Hati ini mengharapkan kasih sayang darimu...
Hati ini mengharapkan perhatian darimu...

Namun....
Bisakah ia di mengerti???
Apakah airmata ini mampu menceritakan segala rasa di hati???
Apakah airmata ini mampu merayu pengertian darimu???
Apakah airmata ini mampu meminta perhatian darimu???
Dan apakah airmata ini juga mampu menzahirkan kaish sayang yang di dambakan di dalam hati???

Dan mampukah buku hati ini menceritakan segalanya melalui zahir & airmata????

Tuesday, November 8, 2011

.: AIDILADHA & Pengorbanan :.

.: AIDILADHA :.

merupakan sambutan perayaan umat Islam di selurh dunia yang di sambut pada tanggal 10, 11, 12, & 13 Zulhijjah setiap tahun. bermula dengan malam 10 Zulhijjah, umat Islam akan bertakbir. Di ikuti dengan sembahyang sunat & khutbah AidilAdha pada pagi 11 Zulhijjah & di ikuti dengan melakukan ibadah Korban (Qurban). AidilAdha adalah bersempena memperingati pengorbanan Nabi Ismail a.s (anak kepada Nabi Ibrahim a.s) yang sabar & redha dengan perintah ALLAH & begitu juga dengan pengorbanan Nabi Ibrahin a.s yang sabar & redha dengan perintah ALLAH.



.: Pengorbanan :.

sayunya hati mengenang pengorbanan ibubapa terhadap anak-anak yang tak pernah minta untuk di balas. namun, mengapa ada segelintir anak-anak yang tegar menyakiti hati ibubapa mereka? sedarkah kita, tanpa doa & restu ibubapa, kehidupan kita tidak akan tenang?? sejauh mana mahu berbangga dengan kejayaan yang hanya ada di dunia semata-mata sedang hati insan yang bergelar ibubapa ini telah terluka?? sedarkah kita kejayaan itu adalah ujian yang ALLAH turunkan pada kita agar kita sentiasa beringat?? & andai kejayaan itu membuat kita semakin kasar, sombong & memandang hina insan lain terutama ibubapa kita, sedarkah atau tidak ianya akan hilang sekelip mata?? janganlah kerana kau berilmu duhai anak, itu menjadi ukuran terhadap perngorbanan ibubapa yang tiada ternilai & menjadi punca si anak menderhaka & melukai hati ibubapamu.. sedarlah duhai anak.. walau semiskin mana ibubapamu, walau sesusah mana ibubapamu, tanpa mereka, kau tidak akan berada di dunia ini.. tanpa usaha & pengorbanan mereka, kau tidak akan berjaya.. sedarlah duhai anak.. dan janganlah kau jauhkan rasa kasih sayang yang pernah mereka tanamkan hanya demi kepentingan dirimu & maruahmu.. sesungguhnya.. wang berjuta & harta mengunung belum tentu mampu membalas pengorbanan mereka. sayangilah mereka selagi ada.. sesungguhnya kasih mereke padamu tidak pernah berpenghujung, walau engkau tiada lagi di dunia ini, mereka tetap kasihkanmu. itulah ibubapa..