BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Forever Love

Banner created with MyBannerMaker.com

Friday, August 12, 2011

Sekali lagi...

~1 Ogos 2011~


Sekali lagi sebagai umat Islam, Kita kembali menjalankan kewajipan sebagai hamba ALLAH dengan datangnya bulan Ramadhan.. tandanya kita sebagai umat Islam akan berpuasa selama sebulan.. berpuasa bermaksud menahan diri dari lapar & dahaga serta kejahilan & kejahatan.. di bulan Ramadhan inilah kita perlu berlumba2 mengerjakan amal ibadat kerana Ramadhan juga di kenali sebagai bulan beribadat.. Justeru itu, marilah sama2 kita menghayati keindahan bulan ini & merebut segala peluang untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih bertakwa & beriman.. Insya-ALLAH

~3 Ogos 2011~

Sekali lagi aku sekeluarga dikejutkan dengan berita perginya insan Hj.Zainoddin b Ardali menghadap Illahi pada pukul 11.50 malam.. Arwah disahkan meninggal dunia disebabkan tekanan darah rendah,muntah2 serta serangan jantung tahap ke-2 setelah dimasukkan ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang pada jam 4.00 petang.. Kepergiaannya cukup di rasakan.. betapa arwah seorang yang cukup baik, peramah, penyayang, dan kuat beribadat.. sayunya hati ini apabila membacakan yasin, melihat jenazah arwah sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk di semadikan. semoga arwah ditempatkan di kalangan insan2 yang beriman.. Insya-ALLAH.. ~~Al-Fatihah~~