BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Forever Love

Banner created with MyBannerMaker.com

Sunday, December 4, 2011

.: Cerita Sekeping Hati :.

Hati...bila berbicara meluahkan rasa yang terpendam tanpa di mengerti...
Hati...memendam rasa yang berbagai rasa...
Hati meronta cuba memuntahkan isi hati yhang terbuku di dalam hati...


Hati ini tidak inginkan harta darimu...
Hati ini tidak inginkan kejelitaan darimu...
Yang pasti hati ini mengharapkan pengertian darimu...
Hati ini mengharapkan kasih sayang darimu...
Hati ini mengharapkan perhatian darimu...

Namun....
Bisakah ia di mengerti???
Apakah airmata ini mampu menceritakan segala rasa di hati???
Apakah airmata ini mampu merayu pengertian darimu???
Apakah airmata ini mampu meminta perhatian darimu???
Dan apakah airmata ini juga mampu menzahirkan kaish sayang yang di dambakan di dalam hati???

Dan mampukah buku hati ini menceritakan segalanya melalui zahir & airmata????

Tuesday, November 8, 2011

.: AIDILADHA & Pengorbanan :.

.: AIDILADHA :.

merupakan sambutan perayaan umat Islam di selurh dunia yang di sambut pada tanggal 10, 11, 12, & 13 Zulhijjah setiap tahun. bermula dengan malam 10 Zulhijjah, umat Islam akan bertakbir. Di ikuti dengan sembahyang sunat & khutbah AidilAdha pada pagi 11 Zulhijjah & di ikuti dengan melakukan ibadah Korban (Qurban). AidilAdha adalah bersempena memperingati pengorbanan Nabi Ismail a.s (anak kepada Nabi Ibrahim a.s) yang sabar & redha dengan perintah ALLAH & begitu juga dengan pengorbanan Nabi Ibrahin a.s yang sabar & redha dengan perintah ALLAH.



.: Pengorbanan :.

sayunya hati mengenang pengorbanan ibubapa terhadap anak-anak yang tak pernah minta untuk di balas. namun, mengapa ada segelintir anak-anak yang tegar menyakiti hati ibubapa mereka? sedarkah kita, tanpa doa & restu ibubapa, kehidupan kita tidak akan tenang?? sejauh mana mahu berbangga dengan kejayaan yang hanya ada di dunia semata-mata sedang hati insan yang bergelar ibubapa ini telah terluka?? sedarkah kita kejayaan itu adalah ujian yang ALLAH turunkan pada kita agar kita sentiasa beringat?? & andai kejayaan itu membuat kita semakin kasar, sombong & memandang hina insan lain terutama ibubapa kita, sedarkah atau tidak ianya akan hilang sekelip mata?? janganlah kerana kau berilmu duhai anak, itu menjadi ukuran terhadap perngorbanan ibubapa yang tiada ternilai & menjadi punca si anak menderhaka & melukai hati ibubapamu.. sedarlah duhai anak.. walau semiskin mana ibubapamu, walau sesusah mana ibubapamu, tanpa mereka, kau tidak akan berada di dunia ini.. tanpa usaha & pengorbanan mereka, kau tidak akan berjaya.. sedarlah duhai anak.. dan janganlah kau jauhkan rasa kasih sayang yang pernah mereka tanamkan hanya demi kepentingan dirimu & maruahmu.. sesungguhnya.. wang berjuta & harta mengunung belum tentu mampu membalas pengorbanan mereka. sayangilah mereka selagi ada.. sesungguhnya kasih mereke padamu tidak pernah berpenghujung, walau engkau tiada lagi di dunia ini, mereka tetap kasihkanmu. itulah ibubapa..

Friday, August 12, 2011

Sekali lagi...

~1 Ogos 2011~


Sekali lagi sebagai umat Islam, Kita kembali menjalankan kewajipan sebagai hamba ALLAH dengan datangnya bulan Ramadhan.. tandanya kita sebagai umat Islam akan berpuasa selama sebulan.. berpuasa bermaksud menahan diri dari lapar & dahaga serta kejahilan & kejahatan.. di bulan Ramadhan inilah kita perlu berlumba2 mengerjakan amal ibadat kerana Ramadhan juga di kenali sebagai bulan beribadat.. Justeru itu, marilah sama2 kita menghayati keindahan bulan ini & merebut segala peluang untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih bertakwa & beriman.. Insya-ALLAH

~3 Ogos 2011~

Sekali lagi aku sekeluarga dikejutkan dengan berita perginya insan Hj.Zainoddin b Ardali menghadap Illahi pada pukul 11.50 malam.. Arwah disahkan meninggal dunia disebabkan tekanan darah rendah,muntah2 serta serangan jantung tahap ke-2 setelah dimasukkan ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang pada jam 4.00 petang.. Kepergiaannya cukup di rasakan.. betapa arwah seorang yang cukup baik, peramah, penyayang, dan kuat beribadat.. sayunya hati ini apabila membacakan yasin, melihat jenazah arwah sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk di semadikan. semoga arwah ditempatkan di kalangan insan2 yang beriman.. Insya-ALLAH.. ~~Al-Fatihah~~

Friday, July 22, 2011

4 Perkara Yang Penting Dalam Cinta

KEIKHLASAN

KEJUJURAN
KESETIAAN
KASIH SAYANG YANG SUCI

suatu hubungan yang lahir dari keikhlasan, akan terbitkan rasa kejujuran terhadap hubungan itu..tiada kepuraan yang di selindungkan..dan bila kejujuran sentiasa mendampingi, kita akan menjadi setia dengan sendirinya...dan kasih sayang yang suci akan menjadikan ikatan cinta itu lagi indah..

p/s: kita hanya mampu merancang,takdir itu semua di tentukan oleh ALLAH..begitu juga dengan jodoh

Tuesday, June 21, 2011

Kekuatan

~16 Jun 2011~

perginya seorang insan menghadap ilahi.. Rukiah bt Abdullah..
Nenek.. masih terbayang senyum tawa nenek.. Shasha rindu sangat2 dengan nenek.. Shasha xpernah lupa doakan nenek di tempatkan di kalangan orang2 beriman.. amin.. ~Al-Fatihah ~

~21 Jun 2011~
intersesi final exam.. managerial economic.. yes!! i wish i can do it.. alhamdulillah.. dpt mnjawab exam dgn tenang.. semoga keputusan yg bakal di terima nanti juga amat menenangkan jiwa..di saat masih berkabung kehilangan nenek tercinta, ku gagahkan kaki meeraih kekuatan untuk menghadapi hari2 mendatang..

Friday, June 3, 2011

~ Al-Fatihah~ untuk Saimah bt. Taib & Afrizal b. Ramlan

tiba-tiba hati ini menjadi sayu bila mengenangkan bagaimana raya tahun ni?? arwah nenek dah pergi menghadap ilahi.. sehingga ke hari ni, rindu ni pada arwah nenek tak pernah berhenti..serasa macam tak percaya yang arwah nenek dah tiada..masih terbayang senyuman nenek, kebaikan nenek...arwah nenek suka sangat mkn KFC..bila pergi KFC je, mesti akan teringatkan arwah nenek.. shashaa rindu sangat dengan arwah nenek..semoga arwah nenek tenang di sana..cucu nenek ni sentiasa & tak pernah lupa mendoakan nenek..

semoga arwah Afrizal b. Ramlan tenang menghadap ilahi.. bagaimana agaknya kak suria nak hadapi raya tahun ni tanpa arwah omm?? nizam.. bantu & kuatkanlah semangat kak suria.. kak suria mesti akan terasa sangat kehilangan arwah omm.. sama macam nizam & keluarga terasa kehilangan arwah omm.. masih terbayang setiap kenangan bersama arwah.. kebaikan arwah, senyuman arwah, kegigihan arwah.. semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 beriman.. iqa tak pernah lupa doakan arwah omm semoga tenang & di tempatkan di kalangan orang beriman..

~Al-Fatihah~

Wednesday, June 1, 2011

Kakak... bila lagi???

ayah dah bersuara...
kakak...bila lagi??? nizam xda bagi ape 'signal' lagi ke???
kot2 tahun depan ke..hehehehe...duit majlis dah ada dah...

ayah...insyaALLAH...kalau dah memang nizam jodoh kakak, kami akan bersatu gak...ayah & mama doa2kan je la..kakak tau harapan mama & ayah tinggi nak tengok kakak berumahtangga & bahagia..insyaALLAH ayah...doa2kan je la...kesetiaan anak ayah ni tetap sama...xpernah berubah...

Saturday, May 28, 2011

InsyaALLAH.. Kalau ada jodoh..

Dalam seminggu dua ni, ayah,makcik kerap mengusik aku.. NIZAM.. tu yang jadi usikan untuk saya.. insyaALLAH.. kalau ada jodoh antara sha & nizam, kami akan di satukan dengan ikatan pernikahan.. Sha percaya & yakin pada jodoh yang ALLAH tentukan..

Semoga tenang di sana

~Bacaan Al-Fatihah & Yasin ku kirim & sedekahkan untuk arwah~


Aku tak tahu.. kenapa dalam seminggu dua ni, ingatan aku kepada arwah omm@ Afrizal Ramlan & arwah nenek Saimah Taib begitu kuat.. Sungguh.. aku tak mampu nak lelapkna mata.. terbayang setiap kenangan bersama arwah.. hanya al-fatihah & bacaan yasin yang ku kirimkan untuk arwah.. pemergian arwah begitu cepat.. sehingga serasa macam tak percaya.. serasa arwah macam masih hidup.. semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman di sana.. Amin..

Tuesday, May 17, 2011

Cinta Ku Tulus Untuk Dia

Afzanizam Ramlan...
insan yang telah mengenalkan aku betapa indahnya cinta...
dan kerana dia, telah ku tutup pintu hati untuk lelaki lain...
cintaku pada dia x mengenal darjat, pangkat, harta...
yang aku tau, aku mencintai dia sepenuh hatiku & menerima dia seadanya..

ISLAM menggariskan...
seorang isteri harus taat kepada suaminya selagi ianya tidak melanggari hukum agama...
& aku tau, walau setinggi mana darjatku, pangkatku,hartaku...
bila aku akan bergelar isteri kepada Afzanizam Ramlan...
AKU TETAP & ADALAH ISTERI KEPADA DIA...

pernah aku bertanya kepada mamaku...
"Mama..xpe ke kalau nizam tu jawatan dia rendah?? xpe ke kalau pendidikan dia x sama macam kakak??"
Mama berkata "xpe..bukan itu semua yang menjanjikan kebahagiaan..kesefahaman sebenarnya penting..kalau seorang lelaki itu ada jawatan,harta,pendidikan sama dengan kita, tapi xtau tanggungjawab sebagai suami pun xguna jugak..bagi mama, cukuplah anak mama selesa dengan dia..kerja dia tetap...tau tanggungjawab..itu semua dah ckup.."

MAMA.. u r the best friend that i have in this world...
aku memang nak sangat & x sabar nk mendirikan ruamhtangga dengan Afzanizam Ramlan...
dia lelaki yang sempurna di mataku...

aku sendiri sebenarnya pun tak pernah meletakkan tahap pendidikan,taraf kehidupan,pangkat darjat, rupa paras sebagai syarat untuk aku memilih seorang lelaki menjadi suami aku...

cukuplah lelaki itu boleh menerima aku seadanya..
kelemahan aku..kelebihan aku..keluarga aku..
aku dah cukup bersyukur...
kerana...dari kecik aku dah di didik dengan kesederhanaan & tidak memandang rendah terhadap orang lain..kerana..rezeki bukan kita yang tentukan..semua ALLAH yang tentukan...
ada orang yang x berpendidikan tapi kehidupan dia senang...
ada juga orang yang berpendidikan tapi hidup sentiasa di selubungi masalah...

& bagi aku pula...lelaki ni berbeza dengan wanita..
lelaki yang macam ada SPM@Diploma je,xsemestinya dia tu teruk...
kita x tau planning dia mcm mana..
bila dah kawin, si suami ni masih boleh melanjutkan pelajaran...
yela...sebab dia dah lebih terjaga & terurus...dah isteri...hehehehe...
tapi wanita ni pulak,lain...
wanita bila dah berkahwin,kena jaga kebajikan suami & anak2..
& dialah yang kena membantu urusan si suami kalau suami nak smbung belajar...si suami mungkin dapat elaun, tp kan lagi bagus kalau suami isteri bekerjasama..hehehehe
& wanita bila dah berkahwin.kena patuh dengan suami...
kalau suami x izinkan,jangan buat...DOSA yang akan kita dapat...
dan aku percaya dengan kasih sayang Afzanizam Ramlan yang ALLAH kurniakan untuk aku...
dia sentiasa menjaga aku sebaiknya...&aku sentiasa menghormati keputusan dia...

entahlah..yang aku tau..setelah aku menerima cinta Afzanizam Ramlan...
aku dah melatih diri aku untuk menjadi isteri dia...
aku yakin dengan kasih sayang Afzanizam Ramlan...

Kalaulah dia tau betapa berertinya dia dalam hidup aku...
dialah sumber inspirasi aku..dialah kekuatan aku..
macam mana pentingnya keluarga aku dalam hidup aku..macam tu la pentingnya dia dalam hidupku...
I LOVE U SO MUCH SAYANG...MY BABY :) BOY...
I LOVE U WITHOUT ANY REASON....

Monday, May 16, 2011

Kembali ke Rahmatullah

~10:30malam 15/5/2011~


Afrizal Ramlan @ Omm telah kembali ke Rahmatullah setelah koma di ICU Hospital Putrajaya selama 2hari setelah terlibat dalam kemalangan & berlaku pendarahan dalam otak.

Kenangan bersama arwah masih segar dalam ingatan. Detik pertemuan pada 23 April 2011 merupakan kali terakhir sha berjumpa dengan Omm. Sha sangat terasa kehilangan Omm. Diharap keluarga Afzanizam Ramlan, terutama kepada isteri arwah Sumi Suriamorni bt Ismail tabah menerima berita pemergian Omm. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. ~Al-Fatihah~

Sunday, May 15, 2011

Sangat risaukan Omm @ Afrizal Ramlan

kesan dari kemalangan motor, omm menghadapi pendarahan dalam otak.. dan keadaannya makin parah..sha sangat risaukan omm..sha doakan & takkan putus berdoa semoga keadaan omm bertambah baik & ada tindak balas yang positif.. AMIN...

Afzanizam Ramlan.. sha always with u.. b strong sayang..

Saturday, May 14, 2011

Doakan Keselamatan Afrizal Ramlan (Omm)

14 May 2011 3:40Pm

Nizam contact iqa..nizam dalam kesedihan.. abg dia accident, now at ICU..tolong doakan keselamatan omm..iqa doakan omm selamat..family nizam dah macam family iqa..memang iqa sentiasa doakan kesejahteraan family nizam..setiap kali habis solat..dari detik pertama iqa kenal zam..insyaALLAH zam..semuanya akan selamat..in ujian ALLAH kepada hamba2NYA..tanda DIA sayangkan hamba2NYA..nizam bawa2 bertenang..banyak2kan berdoa..

Friday, May 13, 2011

Awak... Yakinlah dengan cinta saya...

The title sounds "kontroversi??


bukannya sha gaduh dengan nizam...cuma entahlah...dari situasi sekarang ni, sha rasa macam nizam x cukup yakin dengan cinta yang sha dah jalinkan dengan nizam...

Afzanizam...
awak takut ye dengan penerimaan all my uncle & my auntie about your background???
awak no need terlalu risau about that...
bukannya sha x pernah kenalkan zam dengan all my uncle & my auntie...
all of them dah kenal u sayang... & xda halangan pun kan yang datang dari mereka???
& for your information, my family & most of my relatives bukan yang jenis pandang kedudukan, harta...
maybe have a certain yang pandang macam tu...
but, majoriti x pandang pun semua tu...
kedudukan, harta, pangkat semua tu boleh di cari bila2...
tapi persefahaman, kesetiaan & kepercayaan tu susah nak dapat...
awak tau x yang all my family kira dah percaya yang awak akan bakal jadi pasangan saya???
so.. just 1 thing that I hope from u my love..
please... BERSABARLAH SAYANG untuk sedikit waktu lagi ...
& TOLONGLAH PERCAYAKAN CINTA SAYA UNTUK AWAK...
nizam adalah lelaki yang sempurna di mata sha...
CINTA saya terhadap awak tak terbatas oleh waktu & CINTA saya memang tulus untuk seorang insan yang bernama AFZANIZAM RAMLAN...
kerana awaklah yang dulu membuat saya senyum & bangun semula dari kesedihan & kejatuhan lalu...
& saya yakin selamanya awaklah yang akan membuat saya senyum & sentiasa bersemangat...
I LOVE YOU SO MUCH SAYANGKU...

Wednesday, May 11, 2011

10 perkara yang perlu saya lakukan untuk Baby:)Boy & 10 perkara yang Baby :) Boy tak suka saya buat

10 perkara yang perlu saya lakukan untuk Baby:)Boy

  1. percayakan my Baby:)Boy
  2. jangan suka paksa2 & push2 Baby:)Boy
  3. jujur dalam setiap perlakuan
  4. jangan keluar lewat malam..Baby:)Boy tak suka
  5. jaga batas pergaulan antara lelaki & perempuan
  6. menerima Baby:)Boy seadanya
  7. jangan bertindak mengikut perasaan yang akan memudaratkan diri sendiri
  8. sayangkan family saya,sayangkan Baby:)Boy,sayangkan family dia
  9. jangan kongkong Baby:)Boy..dia juga nak berkawan
  10. fahami keadaan Baby:)Boy..dia keje..
10 perkara yang Baby:)Boy tak suka saya buat
  1. jangan lupa agama
  2. jangan keluar lewat malam melainkan dengan family
  3. jangan buka aurat depan bukan muhrim
  4. jangan terlalu bebas bergaul dengan kawan lelaki
  5. tidur tanpa bagitau Baby :) Boy.. nanti Baby :) Boy risau
  6. jangan tinggalkan makan. nanti sakit.
  7. jangan suka cerita masalah dekat orang luar
  8. jangan malas buat keje rumah
  9. jangan menggedik, jangan berkelakuan seperti lelaki
  10. jangan paksa2 Baby :) Boy.. nanti dia tertekan, migrain, sapa nak jawab??

Tuesday, May 10, 2011

~ Kita Satu ~

8 May 2011 ~ SELAMAT HARI IBU TO MY MAMA~

Mama...
Insan yang telah melahirkan ku ke dunia...
Insan yang telah menjaga ku dari kecil hingga dewasa...
Insan yang sentiasa bersama aku di saat susah & senang...
Insan yang sentiasa memberikan aku semangat di saat aku hilang arah tuju...

Mama...
Dalam rasa sayangku padamu...
Hingga tidak dapat di nilai segalanya kekayaan di dunia ini...

Mama...
Pandangan matamu mengusik jiwa ini...
Genggaman tanganmu memberikan kekuatan...
Pelukanmu memberikan ketabahan...
Kucupanmu memberikan cinta...

Siapalah aku tanpa MAMA...
Kerana MAMA...
Adalah hartaku yang tidak ternilai di dunia ini...
I LOVE U SO MUCH MAMA...
Terima kasih mama kerana telah menjaga kakak, membesarkan kakak, mengasuh kakak, mendidik kakak menjadi seorang insan yang bergelar WANITA sesempurnanya...
Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa dalamnya rasa sayang kakak terhadap mama..
Tiada harta yang mampu menilai pengorbananmu selama kakak bernafas...
Mama adalah wanita terhebat di mata kakak...
Ketabahanmu, Kegigihanmu, Kesabaranmu, Kecantikanmu, Kelembutanmu...
semua menjadi impianku...
Andainya kakak bisa setabah mama, segigih mama, sesabar mama, secantik mama, & selembut mama...
KAKAK SAYANGKAN MAMA SANGAT2....

Thursday, May 5, 2011

Aku cinta dia sahaja





ingat lagi 3tahun lalu..

masa mula2 sambut salam perkenalan,bersama restu mama & sayang yg dah lama aku pendamkan dlm ht, aku menyambut salam cinta dari dia...
hehehehehe... dan teringat pesan ayah " kalau memang betul orang tu jodoh kita, penyelesaian mesti ada untuk setiap masalah yang berlaku"
ayah... mama...
dua insan yang memberi aku keyakinan terhadap cinta seorang lelaki...
dialah lelaki yang terbaik yang aku miliki....
memang dia bukan yang pertama...
namun, dialah yang terakhir...
tiada yang lain selepas dia...
dan pada dia aku serahkan semua rasa sayang aku pada dia...
aku tak tahu kenapa kadang2 aku tega menyakiti hati dia dengan perangai ku...
walau aku tahu, aku tak berniat begitu....
dia tetap sabar melayan kerenah ku...
aku ingin berubah untuk dia...
tapi masa kadang2 menguji aku & dia...
setiap usaha ku untuk berubah belum menemui kejayaan sepenuhnya...
yang aku tahu, bila aku mencintai dia, aku tak jadi orang lain...
aku menjadi bertambah semangat...
KINI... langkah cinta kita hampir menuju arahnya...
insyaALLAH.. tak lama lagi aku akan menjadi tunang kepada dia & isteri kepada dia...
terima kasih sayang kerana menghulurkan salam percintaan yang indah...
walau kita sering bergaduh, namun percayalah...
aku hanya menyayangi kamu...
dan aku sebenarnya amat memahami kamu...
dan aku sentiasa mohon& xpernah putus berdoa pada ILAHI....
janganlah kamu meninggalkan aku,kuatkanlah jodohku dengan kamu..satukanlah aku dengan kamu dalam ikatan pernikahan yang di restui oleh ahli keluarga kita...
"berilah peluang untuk ayg berubah sayang"
~Salam Sejahtera~ ~Janji~ ~Inilah Cinta~ ~Tercipta Untukku~ ~Baik-baik Sayang~

Tuesday, May 3, 2011

3rd Anniversary ~Ku Yakin Engkau Menjemputku~






Aku selalu teringatkan wajah kekasihku
Saat aku memainkan lagu & ku cuba dengarkan
Dengan nada & lirik yang sederhana
Menceritakan kisah tentang kita

Ku ingin peluk tubuhmu bila aku lemah
Bila aku terjatuh kau datang menyelamatkan aku
Inilah syurga kita & hanya kita yang menguasainya
Inilah tempat kita bersandar & bertakhta

Tenangkan aku sayang
Ku sambut engkau datang
Kerna ku yakin engkau akan menjemputku

Andai aku menangis hapuskanlah airmataku
Kerna ku yakin ku tetap milikmu

Tenangkan ku sayang
Tepatilah janjimu padaku
Ku ingin jadi wanita terhebat di hatimu seperti yang kau katakan padaku
Ku ingin kau peluk tubuhku & ku ingin mati di pelukkanmu
Biar seluruhnya tahu..AKU MILIKMU

Thursday, April 28, 2011

Pulau Perhentian ( Edisi : Maafkan Daku)





Afzanizam off to Pulau Perhantian??
Seriously.. jelousnya!!!
dengan view yg cntik.. sy ingin ke sana!!! lokasi honeymoon yg best!! hehehehehe....

Sampai di jeti Pulau Perhentian : 7.30 am


~~terima kasih cinta..untuk segalanya..(ringtone h/p berbunyi)~~
afzanizam : yang...coverage x ok la kt sini..susah dapat line..ape2 hal nti, kte contact lgii ye..
me : olo.... hmm xpe la..(dlm ht berdoa : take care my love..jgn lupa kan sy)
untill 10.30pm
afzanizam : ayg wtpe tu??
me : tdo..kpla pening sgt..td bru pas exam..
afzanizam : sori ganggu..~line x clear~
me : syg kt ne ni??
afzanziam : kn b da kta..kt sni susah nk dpt line..ni pun b jauh nk cri tmpt ada line..ayg ni cm x caya kt b je..kalu x caya da la
pap!! (talian di putuskan)
" sayang...ayg bukan x caya la..line x clear..ayg xdgr sgt ape syg ckp..maafkan ayg"
di sebabkan kepala sakit teramat sgt, sy telah terlelap sehingga pkul 3.30am dan sy x perasan dia mesej pkul 11.20pm mintak sy call dia balik..
argh!!!! tidak!!! sunguh sy tertekan...
"maafkan ayg syg..maafkan ayg"

Sunday, April 24, 2011

23 April 2011

Kamilia Nur Ashiqin (kakak yaya) : sombong & jual mahal dengan aunty ye....
Karmila Nur Ashreen (adim ashreen) : adik comel sgt.. Eeee...aunty geyam tau...
Ahmad Afif (Afif) : active betul afif ni... sian tgk ibu.. penat lyn afif... tp, nasib afif nak dekat aunty, xda la ibu penat sgt... hehehehehehe

Happy birthday to Adik Ashreen...
thank you to my love : Afzanizam Ramlan
sbb membawa saya ke celebration adik...
dalam ma;u & segan, sebenarnya seriously i'm really happy syg...
ayg jmpe all your family members...
mak lang, mak itam, pak itam, mak teh, mak su n ramai lagi...
but the most important syg bwk ayg jumpa En.Ramlan bin Chan, Pn.Salmah Ismail, En.Afrizal, Pn.Sumi Suriamorni, En.Afzahari, Pn.Nurul Asyikin....
and of course 3budak comel yg selalu happy kn aunty, kakak,adik, afif...
u all sweet sgt2 n cute... mmg aunty geram sgt...
thanks also to abg ngah & kak syikin sbb sudi hntr ika smpi umah...
and for u my love, thank u so much...
walau dalam sibuk, syg tetap try the best untuk tidak lukakan hati ayg & try to happy kn ayg...
ayg tak mampu nak ucapkan dengan kata2...
walau pun ayg x puas jumpa syg, tp ayg dpt memori yg cukup indah...
i love u so much and thank you again syg sbb byk berkorban untuk ayg...

Friday, April 22, 2011

Hanya yang perlu awak tau....

  • Saya lakukan semua ni untuk awak
  • Saya sanggup bersengkang mata untuk happykan hidup awak
  • Saya cuma harapkan secebis perhatian & kasih sayang daripada awak
  • Saya tak minta harta & emas menggunung
  • Keikhlasan saya janganlah awak pertikaikan andainya awak tak yakin
  • Hanya seorang lelaki sahaja yang saya pernah bawa jumpa ahli keluarga saya; AWAK lah orangnya
p:s// hargailah saya, pemberian saya walau mungkin yang tak mewah
saya buat semua tu untuk awak...
dengan sepenuh rasa kasih sayang saya pada awak...
rasa sayang saya pada tak pernah berkurang...
kerana itu hati saya sensitif dengan setiap tindakan awak...
"SEDETIK LEBIH" lagu ni memang untuk awak

Tiada Niat Menghiris Hati.....

Awak...

andainya awak tau niat sebenar saya...
mengapa saya sembunyikan perkara tu daripada awak...
sebab saya nak awak ceritakan sendiri semuanya...
saya taknak buat andaian sendiri...
tapi dalam masa yang sama, saya taknak jugak push awak...
saya tak suka push awak & awak pun memang x suka di push...
saya cuba faham situasi awak...
awak keje,penat,takkanlah saya nak paksa-paksa awak ceritakan semua tanpa awak rela...
kalau saya buat macam tu mesti kita akan gaduh...
sebab tu saya bagi awak masa, cari masa yang sesuai untuk ceritakan segalanya...
saya tunggu awak cerita...
awak ingat saya taknak tau ke???
tapi, kita tetap gaduh juga..
saya tau saya salah sebab saya tipu & sembunyikan apa yang saya dah tau daripada awak???
tapi saya sikit pun tak marah awak tak cerita semuanya dengan saya...
saya mengaku salah saya sebab tipu awak...
saya minta maaf...
takpelah kalau selesa macam ni...
saya cuma tunggu kata putus dari awak...
saya nak awak tau...
~AKU PERCAYA KAMU...MELEBIHI APA YANG ORANG KATAKAN TENTANG KAMU...~
ni antara lirik lagu ~AKU PERCAYA KAMU - D'MASIVE~
yang saya bagi kat awak...
hayatilah lirik lagu tu...

Tuesday, March 22, 2011

Taman Negara Pahang



SEMUT GERGASI
PISANG UNIK
RUMPUT KARPET
CENDAWAN NI BERCAHAYA PADA WAKTU MALAM
DEWAN UTAMA TAMAN NEGARA
MENUJU KE TITAN KANOPI
SEBELUM MASUK KE TITIAN KANOPI

DI ATAS JAMBATAN GANTUNG

DI PLATFORM JAMBATAN GANTUNG
DI BUKIT TERISEK
TANAM NEGARA "THE BEST"
19-20 march 2011
sy telah pergi ke Taman Negara Pahang...
ini semua under subjek Environmental Economy(Ekonomi Persekitaran)...
mmg 1 pengalaman yg x dpt di lupakan..
perjalanan bermula pkul 7 pagi...
stibanya di Jerantut Pahang,Tour Guard kami,En.Rasdan mengajak kami mkn tengahari di rumah saudaranya yg melangsungkan mjlis perkahwinan anaknya...
1 pengalaman yg xdpt dilupakan bila kami disajikan dgn menu baru spt daging rusa salai msk lemak, ikan keli bercili dan terung di msk lemak bersama biji getah...
seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Aki Motel di Taman Negara Pahang..
dan di situlah kami menginap selama aktiviti kami di Taman Negara Pahang...
aktiviti kami di sana :
3:00-6:00ptg *Rapid Shooting (meredah 7Jeram dgn speed boat)
*Melawat perkampungan org asli (kaum Negrito)
6:00-8:30mlm * Rehat & dinner
9:00-11:00mlm *tyangan video & jungle tracking (flora&fauna serta habitat di mlm hari)

Hari Ahad
7.30pagi *Breakfast di restoran terapung
8.30pagi *Poco-poco dan aerobik
9:00-12:30tgh *melalui Titian Kanopi
*merentasi Jambatan Gantung
*mendaki Bukit Terisek
12:45-2:00ptg *berehat,lunch and check out


Thursday, March 10, 2011

Mengertikah???

Saya nak sangat awak faham saya. Awak kata awak tau saya sensitif. Dan ye. Memang saya sensitif. Kerap kebelakangan ni, saya amat rindukan arwah nenek saya. Saya cuma ada 2org nenek yang saya sayang. Saimah binti Taib & Rukiah bt Abdullah. Tapi.. 1 tiada lagi di dunia ni. Saya cuma mampu harap,mampu berdoa,nenek Rukiah bt Abdullah dapat tengok saya di ijabkabulkan. Tapi saya kena bersabar. Sebab keluarga awak dah tetapkan waktu bila awak boleh berumahtangga. Saya akur. Tapi inilah impian saya bila di ijabkabulkan nanti.

Sunday, February 27, 2011

Keresahan Dalam Kegembiraan



26 Februari 2011


menjadi detik kenangan yang cukup indah dalam hidup...
bila diri ini di bawa menghadap semua ahli keluarga dia...
merungkai segala keraguan yang merajai hati selama ini...
terima kasih cinta kerana meyakinkan hati ini akancinta yang di hulurkan...
gembira, girang, bersyukur segalanya ada...
semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat kita...

Tuesday, February 8, 2011

~maaf~


sukar ke mengatakan maaf???

smpai berapa lama lg aku harus menanti ucpn maaf itu???

tidak kau tahu sesungguhnya aku sgt berkecil ht dgn peristiwa itu???

adakah aku penting dlm hidupmu spt yg kau kata kn???

namun,mngapa org lain yg kau tye kn sblum aku???

ku menanti dan terus menanti...

Monday, January 24, 2011

8 Januari 2011 & 22 Januari 2011

8 Januari 2011
TQ my love...
ayg btul2 hargai pmberian ni...
this is my favorite...
NOVEL!!!!
i btul2 t'kejut time u bg novel ni...
TQ my love...
TQ so much...

22 Januari 2011
After discuss about my assignment, kte kuar bersame2...
time pic ni d ambil, i teman kn u kt bengkel...
'madu' i sakit... hehehehehe
n on that day, kte mmg btul2 cri mkn... huhuhuhu
mkn kt kdai mamak, then mkn pizza hut, after that mkn McD...
seriously my love...
mmg penuh sgt perut ayg ms tu...
ape2 pun, i mmg enjoy n hapy sgt kuar ngn u...
u xpenah abaikan i wlau seminit...
u xpenah hntr blik umh dlm keadaan lapar...
u btul2 take care about me...
TQ my love....
U R My Everything after my family...

Monday, January 10, 2011

Realiti Kehidupan

Hidup x selalunya lancar...

Dan langit x selalunya cerah...

Itulah realiti kehidupan...
Kadang2,kita akan ada di atas...
dan kadang2 kita boleh berada di bawah...

Namun, kadang2 kita lupa...
Kerana sikap berpuashati dengan yang ada...
kita tak menjangka ia boleh menjadi sebaliknya untuk 1 masa...

Begitu juga dengan aku...
aku cuba melakukan yang terbaik untuk menyempurnakan apa yang aku miliki...
namun, dalam kesempurnaan yang di cari itu...
aku mungkin mengguris hati insan tanpa aku sedar...

Namun, cukupkah hanya dengan perkataan maaf???
Atau mungkin berdiam diri adalah jalan yang terbaik????

Dan tanpa di sedari, kerana memikirkan yang terbaik jawapan itu akan datang sendiri....
Kerna setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu...


Saturday, January 8, 2011

Jalan Jalan Cari Buku 8 Jan 2011

~Strategic Management Fred R David~


Wht terrible travel nk cri buku ni je????
hbis 1 KL aku pusing ngn en Afzanizam

the answer tht i get
~sory miss, diz book is out of stock~
peh!!!
hw to imagine??
kt KL pun out of stock lg kn kt Klang (mcm Ayh n en Afzanizam ckp...hehehehe)

so after the experiment,i'm conclude
~isnin redah je g kls ni,xbg msuk sudah~

n Ayh said
~ko ckp je ngn lecturer tu, encik plz suggest kt sy mana lg sy nk cri...sy da pusing 1 KL x jmpe,mne lg sy nk cri~

n Mama said
~tua ke muda lecturer ko tu??? knpe b'lagak sgt???~

the MOST TERRIBLE lecturer yg aku penah dpt...
xmsuk kls lecturer ni lg da mnyumpah2...
da la dlm kls xleh nk gerak2...
da mcm patung da dlm kls..
kuar kls je,smua lepaskan nafas spuas2nya n skt pinggang...
almaklum lah...
dlm kls jd patung....
hahahahahahaahahaha

Thursday, January 6, 2011

Permulaan Baru....

Permulaan 2011...

Semester baru...
Azam baru...
Mengharapkan sinar yang baru...

Semangat baru...
Kekuatan baru...
Keyakinan baru...

Cinta?????
tiada yang baru...
Kerana aku hanya mahu yang bertakhta sekarang kekal untukku...
Mama,Ayah,Adik2,All my family,One beloved lover,All my friend...