BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Forever Love

Banner created with MyBannerMaker.com

Tuesday, November 8, 2011

.: AIDILADHA & Pengorbanan :.

.: AIDILADHA :.

merupakan sambutan perayaan umat Islam di selurh dunia yang di sambut pada tanggal 10, 11, 12, & 13 Zulhijjah setiap tahun. bermula dengan malam 10 Zulhijjah, umat Islam akan bertakbir. Di ikuti dengan sembahyang sunat & khutbah AidilAdha pada pagi 11 Zulhijjah & di ikuti dengan melakukan ibadah Korban (Qurban). AidilAdha adalah bersempena memperingati pengorbanan Nabi Ismail a.s (anak kepada Nabi Ibrahim a.s) yang sabar & redha dengan perintah ALLAH & begitu juga dengan pengorbanan Nabi Ibrahin a.s yang sabar & redha dengan perintah ALLAH.



.: Pengorbanan :.

sayunya hati mengenang pengorbanan ibubapa terhadap anak-anak yang tak pernah minta untuk di balas. namun, mengapa ada segelintir anak-anak yang tegar menyakiti hati ibubapa mereka? sedarkah kita, tanpa doa & restu ibubapa, kehidupan kita tidak akan tenang?? sejauh mana mahu berbangga dengan kejayaan yang hanya ada di dunia semata-mata sedang hati insan yang bergelar ibubapa ini telah terluka?? sedarkah kita kejayaan itu adalah ujian yang ALLAH turunkan pada kita agar kita sentiasa beringat?? & andai kejayaan itu membuat kita semakin kasar, sombong & memandang hina insan lain terutama ibubapa kita, sedarkah atau tidak ianya akan hilang sekelip mata?? janganlah kerana kau berilmu duhai anak, itu menjadi ukuran terhadap perngorbanan ibubapa yang tiada ternilai & menjadi punca si anak menderhaka & melukai hati ibubapamu.. sedarlah duhai anak.. walau semiskin mana ibubapamu, walau sesusah mana ibubapamu, tanpa mereka, kau tidak akan berada di dunia ini.. tanpa usaha & pengorbanan mereka, kau tidak akan berjaya.. sedarlah duhai anak.. dan janganlah kau jauhkan rasa kasih sayang yang pernah mereka tanamkan hanya demi kepentingan dirimu & maruahmu.. sesungguhnya.. wang berjuta & harta mengunung belum tentu mampu membalas pengorbanan mereka. sayangilah mereka selagi ada.. sesungguhnya kasih mereke padamu tidak pernah berpenghujung, walau engkau tiada lagi di dunia ini, mereka tetap kasihkanmu. itulah ibubapa..

0 comments: